Pages

1/19/2011

Bidadari!

Dari kecil kita diajar bahawa bidadari adalah makhluk yang begitu sempurna paras rupanya. Memiliki mata yang cantik, rupa yang menawan tiada tandingan dengan wanita-wanita di dunia.Kejelitaan mereka itu digamabrkan ibarat yakut dan marjan.Permata dan segala galian berharga. Kulit mereka putih bak telur. Mata mereka bersanar bak jeli.
Maka ramailah yang berkeinginan terhadap bidadari ini. Mereka digelar fairy, pari-pari, dan segala macam gelaran lagi. Di barat, Barbie adalah ikon kecantikan yang cuba digambarkan merujuk kepada bidadari ini. Dan jika seorang pemuda ingin menggambarkan kecantikan pujaan hatinya maka dia akan berkata, “Si polan itu cantik bak bidadari”.
Barbie cuba menonjolkan kecantikan bidadari dengan rupanya yang dikatakan sempurna dan tubuh badannya yang mengiurkan. Ciri ini akhirnya menjadi suatu model lantas menjadi ikutan wanita tidak kira kanak-kanak, remaja bahkan siswi-siswi
Namun ramai yang lupa tentang sifat bidadari, kebaikan mereka dan budi pekerti bidadari. Allah swt berfirman:
“Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin.(55:56)
(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih, dipingit dalam rumah.(55:72)
“Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin. (55:78)”
Bidadari itu sifatnya sungguh mengagumkan. Apakah sifat bidadari? Bidadari itu perawan yang menundukkan pandangan mereka, mereka tidak memandang atau dipandang. Menjaga batas-batas pensyariatan. Masya’allah.
==========================================
Ainul Mardhiah
Album : You And I See
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com/

Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada'
Itulah janji pencipta yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri
Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di taman syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati

Oh Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Di hati lelaki bernama kasih

Lagu : Putra Aiman
Hijjaz Record Sdn. Bhd.
Lirik : ITO Lara
Gurindam Entertainment
==========================================
DIMANA?

Oh Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Di hati lelaki bernama kekasih

Dimana dapat dicari wanita setanding Ainul Mardhiah ini? Adakah di pesta-pesta maksiat, disko-disko, pub-pub atau mungkin di IPT?

Wahai Hawa,kami lelaki ini berkeinginan Ainul Mardhiah. Sudikah kamu menjadi Ainul Mardhiah buat kami. Ainul Mardhiah yang mampu menjadi Qurrataa’yun(penyejuk mata) buat kami. Wahai Bidadari sahutlah seruan kami.

Wahai Adam, kamu adalah Arrijalu Quwwamuna Ala’n Nisa (Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita ). Kamulah pemimpin kepada Ainul Mardhiah. Bukan Ainul Mardhiah yang memimpin kamu. Maka persiapkan dirimu dengan ilmu dan taqwa kerana Ainul Mardhiahmu sedang menunggumu. Tidakkah kamu mengasihani dia?

"Esok akan merekah bunga yang
harum baunya mengusir segala kesedihan
dan menjadi penghibur hati.Iluvislam.com"

jauhilah aku dari MUFLIS~

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu?

Sahabat menjawab: “Orang yang muflis di kalangan kami ialah seseorang yang tidak memiliki wang dan juga tiada memiliki harta.” Lalu Rasulullah menjawab: “Sebenarnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah seseorang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat, tetapi dahulunya waktu di dunia ia pernah mencaci maki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpahkan darah seseorang dan pernah memukul seseorang. Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi dan begitu pula seterusnya terhadap orang yang pernah teraniaya, ia akan diberikan pula daripada pahala kebaikan orang tadi, apabila telah habis pahalanya sedangkan bebanan dosa penganiayaannya belum lagi dibayar semuanya, maka akan diambil daripada kesalahan orang yang teraniaya itu lalu dibebankan kepada orang tersebut, maka selanjutnya orang itu akan dicampakkan ke dalam api neraka.” (HR Muslim)

Ni abah nak pesan sikit!

Pesanan Lukman Al Hakim Kepada Anak-Anaknya

1 ) “ Hai anakku, ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya ”
“ layarilah lautan itu dengan sampan yg bernama Takwa, isinya ialah Iman dan layarnya adalah Tawakkal kepada ALLAH SWT ”

2: “ Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dan kemulian dari ALLAH juga ”

3: “Hai anakku, orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH SWT dan menghindarkan maksiat ”

4 “ Hai anakku, seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman ”

5: “ Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam ”

6: “ Dan selalulah berharap kepada ALLAH supaya tidak menderhakai ALLAH SWT ”

7: “Hai anakku, Jauhilah bersifat dusta , seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya
“ seseorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal- hal yang tidak benar ”

8: “Hai anakku, perkara yang amat berat di atas kepala adalah bilamana engkau mempunyai jiran yang jahat.”

9: “ Hai anakku, janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan , sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan ”

10: “Hai anakku, bila engkau mempunyai dua pilihan, ziarah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat ”

Baik Punya Baju~

Pada zaman khalifah Umar bin Abdul Aziz. Beliau ternampak seorang budak berpakaian buruk semasa hari raya. Hati beliau tersentuh menyebabkan matanya bergenang dengan air mata. Budak berpakaian buruk itu terus mendekati khalifah Umar dan bertanya, "Ya Amirulmukminin, mengapa menangis?" Jawab khalifah Umar, "Aku takut hatimu akan terluka apabila melihat rakan-rakanmu berpakaian cantik sedangkan kamu berpakaian buruk." Budak itu menjawab, "Wahai Amirulmukminin. Yang akan terluka adalah yang dicabutkan Allah keredaan dari sisinya ataupun yang menderhaka terhadap ibu bapanya. Aku berharap kau akan mendapat keredaannya." Itulah anak muda yang bersinar hatinya. Anak muda yang memahami ayat 26 dalam surah al-A'raf yang bermaksud, "Dan pakaian takwa, itulah yang terbaik."