Pages

4/13/2012

KLIBF - Pesta Buku Antarabangsa PWTC ( 27 April - 6 Mei 2012)

 بسم الله الرحمن الرحيم

Dalam menuntut ilmu, kitab atau lebih mudah disebut sebagai buku amatlah membantu sebagai rujukan sebelum dan selepas kuliah. Namun amatlah menduka-citakan apabila susah mencari buku berkualiti dengan harga yang murah. Maka peluang yang ada hendaklah digunakan dengan sebaiknya.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 akan diadakan daripada 27 April - 6 Mei 2012 di PWTC, Kuala Lumpur. Beberapa info penting perlu dijadikan nota kaki.

1. Baucer Buku masih boleh diguna pakai sehingga 30 April 2012. Sumber
2. Tawaran hebat di gerai PTS.

Diskaun Istimewa Pengunjung

Tawaran diskaun standard adalah sebanyak 15%.Sertai 'Hebah & Menang' dan secara automatik anda mendapat Diskaun Bonanza PTS setinggi 30%.Bagi pelajar yang berbaju sekolah dan pelajar universiti yang membawa kad pelajar, diskaun yang diberikan ialah 25%.

Hadiah Percuma!

  • 1 x buku untuk 50 pembeli pertama setiap hari
  • Hamper untuk pembelian RM 500 pertama setiap hari
  • Beg Non-wooven PTS edisi premium — Pembelian RM500 (selepas diskaun) ke atas
  • Beg Non-wooven PTS — Pembelian RM250 (selepas diskaun) ke atas
  • Beg Kertas PTS — Pembelian RM150 (selepas diskaun) ke atas

Demo buku digital PTS

Rasai pengalaman membaca buku-buku terpilih PTS secara digital dan berpeluang mendapat kupon percuma pembelian ebook
3. Tawaran Kerja : Rujuk sini
4. 'Shot' sesi lepas

5. Dalam carian
  • Buku baru Dr Farhan Hadi & Fatimah Syarha ( Diumumkan ketika forum 29 Mac 2012)
  • Kitab -kitab
  • Buku perubatan tradisional
6. Tempat . (3.168808,101.691623)
Adalah lebih mudah kesana menaiki kemudahan awam iaitu dengan menaiki komuter dan berhenti di Stesen Putra (KTM) atau Stesen PWTC (LRT). Tekan sini. Tekan di penanda di Bangunan PWTC dan tekan 'direction'. Bagi yang berkenderaan, bolehlah parking di Hentian Putra. Moga membantu.



Sesudah berdemo tu, singgah-singgah la di PWTC pula. Kencang bercakap biar kerana ilmu penuh di dada.

Moga beroleh manfaat dunia dan akhirat.

4/11/2012

Common Law : Pulang Paku Buah Keras

بسم الله الرحمن الرحيم 

Semasa semester 1 pengajian penulis di Universiti, penulis ada terbaca sebuah buku bertajuk Undang-undang Tanah Islam di perpustakaan Universiti. Namun kerana kelemahan diri, penulis tidak dapat hadam buku tersebut secara penuh. Buku tersebut ada menerangkan bagaimana Rasulullah SAW mengurus tanah ketika zamannya, setelah itu beralih kepada zaman  Saidina Umar Al-Khattab yang membuat pembaharuan. Dizaman Rasulullah SAW tanah dibahagikan kepada 3 jenis tanah manakala di zaman Saidina Umar Al-Khattab terbahagi kepada 5 jenis. Kemudian kembali kepada sejarah tanah di Malaysia. Sesungguhnya tanah itu, yang memiliknya tiadalah yang lain selain daripada Allah SWT.

Apapun setelah sekian lama, timbul beberapa topik yang diperbincangkan antara penulis dan sahabat-sahabat. Perkara yang dibincangkan ialah 'common law'. Apa yang penulis faham, ia adalah keputusan kehakiman yang lepas yang menjadi rujukan hakim untuk membuat keputusan.

Apabila carian internet dilakukan, maka wikipedia merupakan dapatan pertama. Wikiperdi berbahasa Inggeris lebih menepati citarasa penulis berbanding  bahasa ibunda. Alhamdulillah, masih ada sumber yang menapak kehadapan.

Common law (also known as case law or precedent) is law developed by judges through decisions of courts and similar tribunals rather than through legislative statutes or executive branch action. A "common law system" is a legal system that gives great precedential weight to common law, on the principle that it is unfair to treat similar facts differently on different occasions. The body of precedent is called "common law" and it binds future decisions. In cases where the parties disagree on what the law is, a common law court looks to past precedential decisions of relevant courts. If a similar dispute has been resolved in the past, the court is bound to follow the reasoning used in the prior decision (this principle is known as stare decisis). If, however, the court finds that the current dispute is fundamentally distinct from all previous cases (called a "matter of first impression"), judges have the authority and duty to make law by creating precedent. Thereafter, the new decision becomes precedent, and will bind future courts.
In practice, common law systems are considerably more complicated than the simplified system described above. The decisions of a court are binding only in a particular jurisdiction, and even within a given jurisdiction, some courts have more power than others. For example, in most jurisdictions, decisions by appellate courts are binding on lower courts in the same jurisdiction and on future decisions of the same appellate court, but decisions of lower courts are only non-binding persuasive authority. Interactions between common law, constitutional law, statutory law and regulatory law also give rise to considerable complexity. However, stare decisis, the principle that similar cases should be decided according to consistent principled rules so that they will reach similar results, lies at the heart of all common law systems.
1/3rd of the world's population (2.3bn) live in common law jurisdictions, particularly in England where it originated in the Middle Ages, and countries that trace their legal heritage to England as former colonies of the British Empire, including: India, the United States, Pakistan, Nigeria, Bangladesh, Canada, Malaysia, Ghana, Australia, Sri Lanka, Hong Kong, Singapore, Ireland, New Zealand, Jamaica, Trinidad & Tobago, Cyprus and Barbados. South Africa, Zimbabwe, Cameroon, Namibia, Botswana, Guyana and Israel have mixed systems with significant admixtures of civil law. Sumber

Secara ringkasnya, kes-kes terdahulu menjadi rujukan dan mendapat tempat dalam memutuskan keputusan kehakiman.

Andaian penulis,
Zack (warga asing) mencuri suatu barang yang harta sultan, lantas perkara tersebut tidak dinyatakan cara menghukumnya. Atas sebab murka sultan terhadap Zack, Sultan mengarahkan agar Zack dipotong tangan kerana telah bersalah mencuri barang yang sangat berharga.

Datanglah si Zabri (warganegara) mencuri barang yang sama milih Barzula(warganegara). Merujuk kepada kes Zack Vs Sultan, Zack dipotong tangan kerana mencuri barang yang berharga. Lantas si Zabri dipotong tangan kerana mencuri barang yang sangat berharga.

Kemudian,
Dalam satu kes, Antu(wanita warganegara) menfailkan tuduhan mencuri barang berharga miliknya terhadap Baji(lelaki warganegara), barang itu ialah dara si Antu, merujuk kepada kes Zabri Vs Barzula, maka mahkamah menyetujui bahawa dara si Antu ni tiada nilai, maka si Baji juga didapati bersalah. Lantas hilanglah tangan si Baji ni.

Semestinya kehakiman telah mempunyai keputusan yang lebih tepat dari ini iaitu engan pelbagai akta, tort dan lain-lain. Namun harapan penulis tetap Islam sebagai undang-undang tetap Malaysia, bumi tercinta ini.

Namun, andai berakhir dengan andaian. Penulis berharap mana-mana yang membaca 'entry' ni tidak menjadikan ia sebagai rujukan. Penulis juga berlapang dada menerima kritikan, saranan, komen dan pembetulan dari pembaca sekalian.

Jika ada tersalah jalan, jangan biarkan penulis semakin sesat.

Hak Asasi Kemanusiaan : Pengucapan Umum

بسم الله الرحمن الرحيم

Sewaktu di Matrikulasi, pelajar-pelajar akan diwajibkan untuk mengambil kursus DINAMIKA untuk membolehkan mereka menamatkan pengajian di peringkat itu. Penulis sebagai bekas pelajar melalui zaman itu. Apa yang menarik tentang kursus ini ialah salah satu tugasan yang diberi adalah untuk membuat satu pengucapan umum tentang tajuk atau topik yang tertentu. Penulis telah memilih tajuk Hak Asasi yang membincangkan perkara 5 Perlembagaan Malaysia. Janganlah dikeji walaupun agak terbabas dari segi isi dan penyampaian. Masa yang diberi ketika itu tidak mencukupi. Dan penulis mengakui banyak isinya hanya kerana salinan kembali. Dari segi fakta sejarah, penulis sendiri meraguinya namun itulah sejarah yang diajar masakini.

Rujukan :
1. Islam Melindungi Hak-Hak Asasi Manusia Sejagat
2. Perlembagaan Malaysia (Dimuat turun dari sumber yang sudah dilupai)



Rujuk kembali pencabulan hak asasi terhadap umat islam. Adakah mereka diberi pengadilan yang sepatutnya sebagai mana hak mereka.
Berikut adalah isinya. Moga beroleh manfaat.
==============================
 سم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum, Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, saya menjemput semua hadirin untuk membuka majlis kita dengan Ummul kitab Alfatihah.

Bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah dan kurniaNya dapat kita berkumpul di majlis yang dikira sebagai majlis ilmu ini. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan bahkan jutaan terima kasih kepada Pn Norlida kerana memberi saya peluang untuk berada di depan ini pada saat ini. Terima kasih saya ucapkan.

Para hadirin sekalian, berdirinya saya disini kerana untuk berbicara dengan saudara sekalian tentang Isi dan Kepentingan Bahagian 2 Perlembagaan Malaysia iaitu Hak Asasi. Untuk pengetahui para hadirin, kami pelejar H2P6 telah diberikan tugas untuk menyampaikan suatu pengucapan umum dan saya telah memilih tajuk ini untuk dikongsikan bersama kalian.

Para hadirin yang saya hormati. Sebagaimana yang kita ketahui, Perlembagaan Malaysia, dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara, adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957.

Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos, 1957.

Kebebasan Asasi adalah termaktub pada Bahagian 2 Perlembagaan Malaysia yang mana terdiri daripada 9 Perkara iaitu dari Perkara 5 hingga Perkara 13 Perlembagaan Malaysia. Sesungguhnya dalam islam hak asasi boleh saya gambarkan sebagai hak seseorang yang mesti dilaksanakan atau menjadi tanggungjawab individu lain. Jika semua orang adalah individu yang bertanggungjawab, maka isu hak asasi tidak lagi disebut. Tetapi Islam ada juga menyakan hak-hak kemanusiaan untuk memastikan seseorang itu tahu hak mereka dan juga hak orang lain bahkan bayi didalam kandungan.



Isi Perlembagaan Malaysia
Perlembagaan Persekutuan Malaysia/Kebebasan Asasi
Perkara 5. Kebebasan diri
(1) Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang.
(2) Jika pengaduan dibuat kepada Mahkamah Tinggi atau mana-mana hakim Mahkamah Tinggi menyatakan bahawa seseorang sedang ditahan dengan menyalahi undang-undang, maka mahkamah itu hendaklah menyiasat pengaduan itu dan, melainkan jika mahkamah itu berpuas hati bahawa tahanan itu adalah sah,hendaklah memerintahkan supaya orang itu dibawa ke hadapan mahkamah itu dan melepaskannya.
(3) Jika seseorang ditangkap maka dia hendaklah diberitahu dengan seberapa segera yang boleh alasan-alasan dia ditangkap dan dia hendaklah dibenarkan berunding dengan dan dibela oleh seorang pengamal undang-undang pilihannya.
(4) Jika seseorang ditangkap dan tidak dilepaskan, maka orang itu hendaklah tanpa kelengahan yang tidak munasabah, dan walau bagaimanapun dalam tempoh dua puluh empat jam (tidak termasuk masa apa-apa perjalanan yang perlu) dibawa ke hadapan majistret dan orang itu tidak boleh ditahan dalam jagaan selanjutnya tanpa kebenaran majistret itu:
Dengan syarat bahawa Fasal ini tidaklah terpakai bagi penangkapan atau penahanan mana-mana orang di bawah undang-undang yang sedia ada yang berhubungan dengan kediaman terhad, dan kesemua peruntukan Fasal ini hendaklah disifatkan telah menjadi suatu bahagian perlu Perkara ini mulai dari hari Merdeka:
Dengan syarat selanjutnya bahawa dalam pemakaiannya bagi seseorang, selain seorang warganegara, yang ditangkap atau ditahan di bawah undang-undang yang berhubungan dengan imigresen, Fasal ini hendaklah dibaca seolah-olah perkataan "tanpa kelengahan yang tidak munasabah, dan walau bagaimanapun dalam tempoh dua puluh empat jam (tidak termasuk masa apa-apa perjalanan yang perlu)" telah digantikan dengan perkataan "dalam tempoh empat belas hari":
Dan dengan syarat selanjutnya bahawa dalam hal penangkapan bagi sesuatu kesalahan yang boleh dibicarakan oleh mahkamah Syariah, sebutan dalam Fasal ini mengenai majistret hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk sebutan mengenai hakim mahkamah Syariah.

Perkara 6. Keabdian dan kerja paksa dilarang.
(1) Tiada seorang pun boleh ditahan sebagai abdi.
(2) Segala bentuk kerja paksa adalah dilarang, tetapi Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan mengenai perkhidmatan wajib bagi maksud-maksud negara.
(3) Kerja atau khidmat yang dikehendaki daripada mana-mana orang sebagai akibat daripada sesuatu sabitan atau dapatan bahawa dia bersalah di mahkamah tidaklah dikira sebagai kerja paksa mengikut pengertian Perkara ini, dengan syarat kerja atau khidmat itu dijalankan di bawah pengawasan dan kawalan suatu pihak berkuasa awam.
(4) Jika menurut mana-mana undang-undang bertulis kesemua atau mana-mana bahagian daripada fungsi mana-mana pihak berkuasa awam dikehendaki dijalankan oleh suatu pihak berkuasa awam yang lain, bagi maksud membolehkan fungsi-fungsi itu dilaksanakan, maka pekerja-pekerja pihak berkuasa awam yang mula-mula disebut adalah terikat untuk berkhidmat dengan pihak berkuasa awam yang kedua disebut, dan perkhidmatan mereka dengan pihak berkuasa awam yang kedua disebut itu tidaklah dikira sebagai kerja paksa mengikut pengertian Perkara ini, dan tiada seorang pun pekerja itu berhak menuntut apa-apa hak sama ada daripada pihak berkuasa awam yang mula-mula disebut atau kedua disebut itu oleh sebab pertukaran pekerjaannya.

Perkara 7. Perlindungan daripada undang-undang jenayah kuat kuasa ke belakang dan perbicaraan berulang.
(1) Tiada seorang pun boleh dihukum kerana sesuatu perbuatan atau peninggalan yang tidak boleh dihukum menurut undang-undang pada masa perbuatan atau peninggalan itu dilakukan atau dibuat, dan tiada seorang pun boleh menanggung hukuman yang lebih berat kerana sesuatu kesalahan daripada yang telah ditetapkan oleh undang-undang pada masa kesalahan itu dilakukan.
(2) Seseorang yang telah dibebaskan daripada sesuatu kesalahan atau disabitkan atas sesuatu kesalahan tidak boleh dibicarakan semula kerana kesalahan yang sama kecuali jika sabitan atau pembebasan itu telah dibatalkan dan perbicaraan semula diperintahkan oleh suatu mahkamah yang lebih atas daripada mahkamah yang telah membebaskan atau mensabitkannya itu.

Perkara 8. Kesamarataan.
(1) Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.
(2) Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pemerolehan, pemegangan atau pelupusan harta atau berhubungan dengan penubuhan atau penjalanan apa-apa pertukangan, perniagaan, profesion, kerjaya atau pekerjaan.
(3) Tidak boleh ada diskriminasi yang memihak kepada mana-mana orang atas alasan bahawa dia seorang rakyat Raja bagi mana-mana Negeri.
(4) Tiada pihak berkuasa awam boleh mendiskriminasikan mana-mana orang atas alasan bahawa dia bermastautin atau menjalankan perniagaan di mana-mana bahagian Persekutuan di luar bidang kuasa pihak berkuasa itu.
(5) Perkara ini tidak menidak sahkan atau melarang—
(a) apa-apa peruntukan yang mengawal selia undang-undang diri;
(b) apa-apa peruntukan atau amalan yang mengehadkan jawatan atau pekerjaan yang berkaitan dengan hal ehwal mana-mana agama, atau sesuatu institusi yang diuruskan oleh sekumpulan orang yang menganuti mana-mana agama, kepada orang yang menganuti agama itu;
(c) apa-apa peruntukan bagi perlindungan, kesentosaan atau pemajuan orang asli Semenanjung Tanah Melayu (termasuk perizaban tanah) atau perizaban bagi orang asli suatu perkadaran yang munasabah daripada jawatan-jawatan yang sesuai dalam perkhidmatan awam;
(d) apa-apa peruntukan yang menetapkan kemastautinan di sesuatu Negeri atau di sebahagian
sesuatu Negeri sebagai suatu kelayakan bagi pemilihan atau pelantikan kepada mana-mana pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa hanya di Negeri atau di bahagian itu sahaja, atau bagi pengundian dalam pemilihan itu;
(e) apa-apa peruntukan Perlembagaan sesuatu Negeri, yang adalah atau yang bersamaan dengan suatu peruntukan yang berkuat kuasa sebaik sebelum Hari Merdeka;
(f) apa-apa peruntukan yang mengehadkan pengambilan masuk tentera ke dalam Rejimen Askar Melayu kepada orang Melayu.

Perkara 9. Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak.
(1) Tiada seorang pun warganegara boleh dibuang negeri dari atau ditahan masuk ke Persekutuan.
(2) Tertakluk kepada Fasal (3) dan kepada mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam, kesihatan awam, atau penghukuman pesalah, tiap-tiap warganegara berhak bergerak dengan bebas di seluruh Persekutuan dan bermastautin di mana-mana bahagiannya.
(3) Selagi mana-mana Negeri lain berada dalam kedudukan istimewa di bawah Perlembagan ini berbanding dengan Negeri-Negeri Tanah Melayu, Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan sekatansekatan, antara Negeri itu dengan Negeri-Negeri yang lain, ke atas hak-hak yang diberikan oleh Fasal (2) berkenaan dengan pergerakan dan kemastautinan.

Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.
(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)—
(a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;
(b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;
(c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.
(2) Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan—
(a) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, hubungan baik dengan negara-negara lain, ketenteraman awam atau prinsip moral dan sekatansekatan yang bertujuan untuk melindungi keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan atau untuk membuat peruntukan menentang penghinaan mahkamah, fitnah, atau pengapian apa-apa kesalahan;
(b) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persektuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam;
(c) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau prinsip moral.
(3) Sekatan-sekatan ke atas hak untuk membentuk persatuan yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan perburuhan atau pendidikan.
(4) Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasal (2)(a), Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang dipersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogative yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III, Perkara 152, 153 atau 181 melainkan yang berhubungan dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu.

Perkara 11. Kebebasan beragama.
(1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal(4), mengembangkannya.
(2) Tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya diuntukkan khas kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri.
(3) Tiap-tiap kumpulan agama berhak—
(a) menguruskan hal ehwal agamanya sendiri;
(b) menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat; dan
(c) memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut undangundang.
(4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.
(5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undangundang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral.

Perkara 12. Hak berkenaan dengan pendidikan.
(1) Tanpa menjejaskan keluasan Perkara 8, tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir—
(a) dalam pentadbiran mana-mana institusi pendidikan yang disenggarakan oleh suatu pihak
berkuasa awam, dan, khususnya, kemasukan murid-murid atau pelajar-pelajar atau pembayaran fi; atau
(b) dalam memberikan bantuan kewangan daripada wang sesuatu pihak berkuasa awam bagi penyenggaraan atau pendidikan murid-murid atau pelajar-pelajar di mana-mana institusi pendidikan (sama ada disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam atau tidak dan sama ada di dalam atau di luar Persekutuan).
(2) Tiap-tiap kumpulan agama berhak menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi pendidikan kanak-kanak dalam agama kumpulan itu sendiri, dan tidak boleh ada diskriminasi semata-mata atas alas an agama dalam mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan institusi-institusi itu atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang itu; tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggarakan atau membantu dalam menubuhkan atau menyenggarakan institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu.
(3) Tiada seorang pun boleh dikehendaki menerima ajaran sesuatu agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau upacara sembahyang sesuatu agama, selain agamanya sendiri.
(4) Bagi maksud Fasal (3) agama seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaganya.

Perkara 13. Hak terhadap harta.
(1) Tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.
(2) Tiada undang-undang boleh memperuntukkan pengambilan atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang memadai.


Kepentingan Kebebasan Asasi
Perkara 5:Kebebasan Diri
Perkara 5 Perlembagaan Malaysia mempunyai kepetingannya sendiri. Ia bertujuan membela hak seseorang warga negara dari dicabuli seperti hak mereka untuk mendapat perlindungan keselamatan, mengetahui pertuduhan terhadap diri dan hak untuk membela diri. Ini amat penting untuk mengelakkan orang yang tidak bersalah dari dituduh atas suatu kesalahan yang bukan mereka lakukan. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga ada menyata dalam Deklarasi Hak Asasi Kemanusian pada 1948 sebagaimana berikut.

Fasal 8:
Setiap orang berhak mendapat keadilan yang nyata daripada pengadilan-pengadilan kebangsaan yang berhak terhadap perbuatan yang melanggar hak asal yang dijamin baginya dalam perlembagaan negara atau dalam undang-undang. 

Fasal 9:
Tiada seorang jua boleh dikenakan hukuman undang-undang, tahanan, atau pembuangan secara sewenang-wenang. 

Fasal 10:
Setiap orang berhak dalam persamaan yang sempurna untuk diperiksa secara adil dan terbuka oleh pengadilan yang bebas dan tidak memihak, baik pun untuk menetapkan hak dan kewajipan-kewajipan, ataupun dalan tiap-tiap kes-kes atau tuduhan-tuduhan jenayah terhadapnya.

Sebagai agama rasmi, Islam juga mensyariatkan agar seseorang itu mendapat perlindungan sewajarnya sebagaimana firman Allah SWT 1400 tahun dahulu melalui wahyu kepada Rasulullah SAW:

Fasal8:
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (AnNisaa` 4:58)
Fasal 9:
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu."
(AlHujerat 49:6)
Fasal 10:
" Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu; tiadalah orang yang sesat itu akan memberi mudharat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk. Hanya kepada Allah kamu kembali semuanya, maka Dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.Hai orang-orang yang beriman, apabila salah seorang kamu menghadapi kematian, sedang dia akan berwasiat, maka hendaklah (wasiat itu) disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu, atau dua orang yang berlainan agama dengan kamu, jika kamu dalam perjalanan dimuka bumi lalu kamu ditimpa bahaya kematian. Kamu tahan kedua saksi itu sesudah sembahyang (untuk bersumpah), lalu mereka keduanya bersumpah dengan nama Allah, jika kamu ragu-ragu: "(Demi Allah) kami tidak akan membeli dengan sumpah ini harga yang sedikit (untuk kepentingan seseorang), walaupun dia karib kerabat, dan tidak (pula) kami menyembunyikan persaksian Allah; sesungguhnya kami kalau demikian tentulah termasuk orang-orang yang berdosa."Jika diketahui bahwa kedua (saksi itu) membuat dosa, maka dua orang yang lain di antara ahli waris yang berhak yang lebih dekat kepada orang yang meninggal (memajukan tuntutan) untuk menggantikannya, lalu keduanya bersumpah dengan nama Allah: "Sesungguhnya persaksian kami labih layak diterima daripada persaksian kedua saksi itu, dan kami tidak melanggar batas, sesungguhnya kami kalau demikian tentulah termasuk orang yang menganiaya diri sendiri." Itu lebih dekat untuk (menjadikan para saksi) mengemukakan persaksiannya menurut apa yang sebenarnya, dan (lebih dekat untuk menjadikan mereka) merasa takut akan dikembalikan sumpahnya (kepada ahli waris) sesudah mereka bersumpah. Dan bertakwalah kepada Allah dan dengarkanlah (perintah-Nya). Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik "(AlMaidah 5:105-108)

Perkara 6: Keabdian dan kerja paksa dilarang.
            Perkara 6 Perlembagaan Malaysia membela hak-hak pekerja seluruh Malaysia. Sebagaimana termaktub dalam perlembagaan, tiada seorang pun rakyat Malaysia boleh dipaksa bekerja oleh mana-mana pihak. Rakyat telah serik mengimbau kembali penderitaan ketika penjajahan Jepun yang mana manusia dikerah untuk membina Jalan Keretapi Maut.
            Sementara dalam Deklarasi Hak Kemanusian PBB ada menyebut:
Fasal1
Sekelian umat manusia dilahirkan merdeka dan sama dalam martabat dan hak-haknya. Mereka dikurniai dengan budi pekerti dan keinsafan batin, oleh itu bertindaklah terhadap yang lain dalam semangat persaudaraan.
Fasal 3
Setiap orang berhak hidup,mendapat kemerdekaan  dan keamanan bagi dirinya.
Fasal 4
Tidak seorang juga boleh diperbudak,(diperhamba) atau diperbezakan dengan paksaan; perbudakan dan perdagangan budak walaupun dalam apa pun jenis adalah dilarang.
Fasal 5
Tidak seorang juga pun boleh dianayai atau diperlakukan secara kejam, secara tidak berperikemanusiaan atau secara menghina.

Dan sementara itu, AlQuran telah tercatat sebagaimana dalam firman Allah SWT;
Fasal 1
·         Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.Annisa ayat 1
Fasal 3
·     Dialah Yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezki-Nya. Dan hanya kepada-Nya-lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan.Almulk ayat 15
·         Dan kepada Tsamud (Kami utus) saudara mereka Shaleh. Shaleh berkata: "Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada bagimu Tuhan selain Dia. Dia telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu pemakmurnya[726], karena itu mohonlah ampunan-Nya, kemudian bertobatlah kepada-Nya, Sesungguhnya Tuhanku amat dekat (rahmat-Nya) lagi memperkenankan (doa hamba-Nya)." Hud 61
·         Kami berfirman: "Turunlah kamu semuanya dari surga itu! Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barang siapa yang mengikuti petunjuk-Ku, niscaya tidak ada kekhawatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati." Albaqarah 38
Fasal 4
·         Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam. Ambia 107
·         Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, Tetapi dia tiada menempuh jalan yang mendaki lagi sukar.Tahukah kamu apakah jalan yang mendaki lagi sukar itu? (yaitu) melepaskan budak dari perbudakan, (Albalad : 10-13)
·         Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan (Isra’ : 70)
·         Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. (Hujerat : 12)

Fasal 5
·         Kemudian jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang(Albaqarah : 194)
·         Dan jika kamu memberikan balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan siksaan yang ditimpakan kepadamu. Akan tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar.(AnNahl : 126)
·         Demikianlah, dan barangsiapa membalas seimbang dengan penganiayaan yang pernah ia derita kemudian ia dianiaya (lagi), pasti Allah akan menolongnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pema'af lagi Maha Pengampun. (Haj : 60)

Perkara 7. Perlindungan daripada undang-undang jenayah kuat kuasa ke belakang dan perbicaraan berulang.
            Perkara ini amat penting untuk memastikan sesuatu kes dibicarakan dengan adil dan saksama bahkan dengan sepenuh teliti. Jika dibicarakan dengan sambil lewa, pasti ada pihak yang tidak berpuas hati lantas ingin kes itu dibicarakan kembali. Tetapi jika perkara itu berlaku, rakyat masih boleh membawa hal yang ingin dibicarakan itu ke mahkamah yang lebih tinggi.

Perkara 8. Kesamarataan.
            Penglaksanaan ini penting agar semua orang dapat menikmati hak mereka secara saksama. Mereka layak menerima segala sesuatu tidak kira apa warna kulit mereka. Asalkan mereka rakyat Malaysia dari mana-mana Raja-raja dari mana-mana negeri.
Perkara 9. Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak.
Perkara ini adalah sesuatu yang amat asas. Jika perkara ini adalah dilarang, penghijrahan tidak dapat dilaksanakan, ekonomi tidak dapat dikembangkan dan berbagai lagi spekulasi berlaku.
Selain itu ia juga sebagai langkah proaktif supaya pihak pemimpin sesuatu tempat tidak menyalahgunakan kuasa mereka.
Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.
            Hal ini tidak dinafikan dan sememangnya menjadi hak rakyat. Mereka berhak membuat perhimpunan untuk majlis-majlis ilmu dan berbagai lagi.Tetapi ada juga beberapa garis panduan yang mereka harus ikuti agar tidak menimbulkan huru-hara di kawasan itu. Antaranya penggunaan senjata,rusuhan dan sebagainya.
Perkara 11. Kebebasan beragama.
            Perkara 11 menekankan hak kepada suatu fitrah manusia iaitu kehidupan beragama. Mereka boleh mengamalkan agama mereka jika tidak membatasi atau melanggar mana-mana perkara yang disebut  dalam perlembagaan Malaysia.
Perkara 12. Hak berkenaan dengan pendidikan.
            Berdasarkan Perkara 12, mana-mana pihak adalah layak untuk menikmati pendidikan dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia tanpa diskriminasi. Mereka juga layak untuk memohon untuk mendapatkan pendidikan diperingkat yang lebih tinggi. Tambahan lagi ada disebut dalam perkara12(2) mana-mana institusi agama boleh mebina pusat pengajian mereka. Tiada seorang pun boleh dipaksa untuk menerima sesuatu agama atau mengikuti upacara atau upacara sembahyang melainkan agamanya sendiri.
Perkara 13. Hak terhadap harta.
            Hak terhadap harta adalah sesuatu yang tidak boleh dinafikan. Perlembagaan ada mencatat bahawa tiada mana-mana kuasa dapat melucutkan harta seseorang melainkan mengikut undang-undang. Dan tiada undang-undang menyatakan pengambilan atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang memadai.

Saya bersyukur dapat menyudahkan penyampaian saya.Segala yang baik itu datang dari Allah SWT dan segala kekurangan itu berpunca dari saya sendiri.Sekian dahulu dari saya. Izinkan saya membaca beberapa rangkap pantun:

Kalaulah ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam Peti,
Kalaulah ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.

Kalaulah ada sumur di lading,
Izinkan saya menumpang mandi,
Kalaulah ada umur yang panjang,
Insya’allah berjumpa lagi.

Wabillahitaufikika wal hiyah, Assalamamualaikum warah matullah hi wabarakatuh.Kita tutup majlis dengan surah An Nashr dan Tasbih kafarah. 

Doa Buka Majlis Ilmu

بسم الله الرحمن الرحيم

Sebagai seorang yang aktif berorganisasi, menguruskan majlis merupakan perkara yang sering kali memeningkan kepala para pelaksana. Antara perkara yang perlu untuk suatu majlis ialah bacaan doa. Perlu diingati bahawa membaca doa bukanlah perkara retorik bagi mencantikkan majlis tersebut atau sekadar memenuhi keperluan protokol tetapi doa ialah ibadah. Maka berdoalah setulus dan sejujur dari hatimu, moga makbul.

Penulis juga tidak terlepas dari hal itu. Atas niat memudahkan pihak yang senasib dengan penulis maka penulis menyiapkan teks doa bagi membuka majlis ilmu dan aturannya. Dibawah bukanlah hasil titik peluh penulis tetapi sekadar menyalin kembali tulisan seorang ustaz di Kolej Matrikulasi Kedah, Ustaz Azlan (masih berkhidmat sewaktu penulis menulis 'entry' ini). Moga dicurahkan pahala. Jika beliau juga menyalin, pahala buat keduanya, Insya'allah.

PANDUAN DOA DI MAJLIS-MAJLIS RASMI

Pendahuluan
Panduan ini disediakan bagi memudahkan pengurus program dalam menyediakan teks bacaan doa di  setiap majlis rasmi yang dianjurkan bagi lebih memberkati majlis.

Objektif         
1. Memberi peluang kepada warga pendidikan untuk berdoa dan bermunajat menggunakan contoh-contoh doa yang disediakan.
2. Menyeru orang ramai agar lebih menghayati dan  menyelami maksud bacaan doa yang diungkapkan.
3. Menyelaraskan bacaan doa di setiap majlis rasmi.
4. Membantu dan memudahkan membaca doa mengikut peraturan dan kesesuaian majlis yang dianjurkan.

Perihal doa dan berdoa  
1. Kepentingan doa
  • Setiap muslim perlu berdoa (memohon) kepada Allah s.w.t akan segala sesuatu yang dihajati. Doa boleh dilakukan secara individu atau kumpulan. Allah menyatakan dalam firmanNya yang bermaksud “ Berdoalah (memohonlah) kepada Aku (Allah) nescaya Aku (Allah) perkenankan”. Berdoa mempunyai adab dan peraturan yang tersendiri.
  • Doa amat disukai dan dituntut oleh Islam. Ia merupakan ibadah apabila dilakukan mengikut adab dan peraturan kerana ia merupakan hubungan terus antara hamba dengan Allah.
2. Adab Berdoa
Doa boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam semua keadaan kecuali sedang berhadas kecil (membuang air kecil dan air besar). Walau bagaimanapun  terdapat beberapa adab dan peraturan berdoa yang dihimpun oleh para ulama:
  • Menghadap kiblat (yang lebih afdal).
  • Hendaklah berwuduk.
  • Beristighfar/ mohon keampunan kepada Allah sebelum berdoa.
  • Membaca basmalah.
  • Membaca al-hamdulillah (Tahmid).
  • Berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
  • Membuka kedua tapak tangan dan menadah ke langit.
  • Berdoa penuh khusyuk, merendah diri serta yakin bahawa doanya diperkenankan oleh Allah.
  • Memohon dengan penuh perasaan dan bersungguh-sungguh tanpa putus asa.
  • Ucapkan dengan jelas dan mengulang tiga kali di tempat-tempat yang dianggap penting/dipohon.
  • Di akhiri dengan selawat ke atas Nabi dan pujian (Tahmid) kepada Allah s.w.t.
  • Sebaik-baiknya membaca basmalah, hamdalah dan selawat hendaklah dalam bahasa Arab.
3. Berdoa yang makbul
  • Memohon dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan.
  • Memakan dan memakai barang yang halal.
  • Sentiasa mentaati ibu bapa.
  • Sentiasa menjauhi maksiat dan perkara-perkara syubhat.
  • Memelihara silaturrahim.
4. Tempat dan masa berdoa
  • Berdoa dibolehkan pada bila-bila masa dan dimana-mana tempat yang sesuai, yang tidak dicampur-adukkan antara perkara yang baik dengan perkara mungkar dan maksiat.
  • Sesuatu perkara/peristiwa ada doa yang telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Doa-doa tersebut perlulah bersesuaian dengan situasi yang ada.
5. Berdoa yang sangat mustajab
  • Di tengah malam ketika manusia lain sedang tidur.
  • Ketika hujan sedang turun dengan lebat.
  • Masa antara dua khutbah Jumaat.
  • Masa antara azan dan iqamah.
  • Orang yang dizalimi.
  • Pada bulan ramadan.
  • Ketika sahur.
  • Selepas menunaikan solat.
  • Dalam masjid terutama di Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi.
  • Di Padang Arafah
6. Doa yang tertolak
  • Terlibat dengan makanan yang haram atau syubhat (makanan dari sumber yang tidak jelas halal haramnya).
  • Di majlis yang bercampur-gaur dengan perkara yang dilarang oleh Allah seperti berdoa kemudian diiringi dengan majlis tarian.
  • Sambil lewa.
  • Meragui rahmat dan kekuasaan Allah.
  • Mempercayai adanya Allah tetapi tidak laksanakan hukumNya.
  • Mendakwa cintakan Rasul tetapi kita tinggalkan sunnahnya.
  • Mendakwa syaitan itu musuh tetapi kita mematuhi.
  • Berdoa supaya dihindarkan api neraka tetapi perilaku kita seolah-olah mencampakkan diri ke dalamnya.
  • Berdoa agar dimasukkan dalam syurga tetapi tidak beramal ibadah.
  • Percaya mati pasti datang tetapi tidak mempersiapkan diri menghadapinya.
  • Selalu melihat kejahatan orang lain tetapi tidak nampak kejahatan sendiri.
  • Selalu menikmati kurniaan Allah tetapi tidak pernah mensyukurinya.

Panduan berdoa  yang sewajarnya di majlis rasmi.
1. Masa tidak melebihi tiga minit
2. Pembaca doa hendaklah memakai pakaian yang bersesuaian.
3. Doa yang dibaca hendaklah ringkas, padat dan sesuai dengan majlis yang diadakan.
4. Mengandungi unsur-unsur kesyukuran, keamanan dan kemakmuran negara.
5. Menjauhi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum lain.
6. Mematuhi adab dan peraturan berdoa seperti yang dilampirkan.
7. Contoh-contoh doa seperti dalam lampiran.

Teks Doa Buka Majlis

بسم الله الرحمن الرحيم

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ,  َالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
يا الله يا رحمن يا رحيم

Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi melahirkan rasa  kesyukuran di atas kurniaanMu yang tidak ternilai.Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur di  atas nikmat yang melimpah ruah kepada kami .

يا فتاح  يا عليم
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmuMu yang sangat luas bagi mengembangkan potensi kami sebagai hambaMu yang Engkau redhai.
Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada kami apa kiranya ilmuMu. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayahMu. Semoga dengannya kami mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya.


يا ذا الجلال والاكرام

Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga,organisasi,
masyarakat dan negara kami.

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّارِوَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ،

  وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Doa Tutup Majlis
بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالـمين والصلاة والسلام على رسول الله صلى الله عليه وسلم وعلى آله وأصحابه أجـمعين

Ya Allah

Kami bersyukur di atas segala nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada kami , lantaran nikmat itu dapat kami menghadiri dan mengikuti < Nama Majlis> kali ini  dengan jayanya

Ya Allah

Semoga program yang kami ikuti ini akan dapat melembutkan hati-hati kami dan menyedarkan kami tentang kesilapan kami ,oleh itu ampunkanlah kami dan  tunjukkanlah kepada kami jalan yang membawa keselamatan dan selamatkanlah kami dari kegelapan kepada ke jalan yang benar .

Ya Allah
Jadikanlah kami remaja Islam  yang yakin dan percaya pada diri sendiri , sabar dan tabah hati , berani maju untuk menempah kebahagiaan dunia dan akhirat , punya keazaman yang kuat untuk mengembangkan potensi dan kekuatan diri yang dianugerahkan oleh Engkau ,memiliki budi pekerti yang mulia dan terpuji sehingga kami menjadi remaja yang merdeka dalam semua aspek kehidupan kecuali menggantungkan pengharapan kami kepadaMu,Ya Allah .


Ya Allah
Eratkanlah hati-hati kami , kekalkan kemesraan antara hati-hati kami , tunjukkanlah kepada hati-hati kami dengan limpahan iman dan keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu Hidup suburkan hati-hati kami dengan ma’rifat sebenar tentang-Mu .

ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
وآخر دعوانا أن الحـمد لله رب الـعالـمين .

Adalah diharapkan panduan ini dapat membantu warga pendidikan melaksanakan doa dalam majlis rasmi dengan sempurna dan berkesan.

Terima Kasih : Ustaz Azlan, Kolej Matrikulasi Kedah