Pages

1/19/2011

Ni abah nak pesan sikit!

Pesanan Lukman Al Hakim Kepada Anak-Anaknya

1 ) “ Hai anakku, ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya ”
“ layarilah lautan itu dengan sampan yg bernama Takwa, isinya ialah Iman dan layarnya adalah Tawakkal kepada ALLAH SWT ”

2: “ Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dan kemulian dari ALLAH juga ”

3: “Hai anakku, orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH SWT dan menghindarkan maksiat ”

4 “ Hai anakku, seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman ”

5: “ Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam ”

6: “ Dan selalulah berharap kepada ALLAH supaya tidak menderhakai ALLAH SWT ”

7: “Hai anakku, Jauhilah bersifat dusta , seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya
“ seseorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal- hal yang tidak benar ”

8: “Hai anakku, perkara yang amat berat di atas kepala adalah bilamana engkau mempunyai jiran yang jahat.”

9: “ Hai anakku, janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan , sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan ”

10: “Hai anakku, bila engkau mempunyai dua pilihan, ziarah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat ”

No comments:

Post a Comment