Pages

3/26/2012

Keyboard Warrior Vs. CopyPaste Warrior

بسم الله الرحمن الرحيم

Entry ini bukan tujuan menghentam mana-mana pihak, satu usaha perkongsian bersama ke arah buah fikiran yang lebih bernas.

"Keyboard Warrior" = Golongan yang hanya pandai berkata-kata di internet tetapi bacul dan penakut di dunia realiti.

Dari beberapa sumber menjelaskan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan meminda peraturan mengenai 'salah guna talian atau jaringan' dalam Akta Komunikasi Multimedia 1998 (AKM) bagi mencegah trend penyalahgunaan Internet sebagai medan maki hamun serta penyebaran fitnah dan ugutan daripada terus berleluasa.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, sudah tiba masa isu itu ditangani dengan lebih serius kerana ia bukan sahaja bertentangan dengan identiti masyarakat Malaysia malah satu bentuk jenayah.


Tiada salah bagi mereka yang bersifat dengan sifat ini sebab penulis juga adalah ahli. Cuma harap apabila sudah dipost suatu penulisan, renunglah secara mendalam kerana manusia pertama yang membaca entry tersebut adalah diri sendiri. Seeloknya, postlah suatu yang bermanfaat agar kita tidak berada dalam kerugian.

Penulis yang juga pengguna 'facebook' yang tegar selalu terlihat kelibat post yang boleh dikira tidak berguna bahkan mengaibkan diri sendiri. Adakah kita ingin berakhir sebagai insan yang rugi lagi mensia-siakan.



Berbeza pula dengan suatu golongan yang lain. Golongan ini terlebih suka mengepost link blog insan lain, andai disertakan sedikit huraian adalah lebih bermakna. Fenomena ini sering menyebabkan post yang bernilai diendahkan kerana terlalu banyak link yang tidak bermanfaat lantas membawa rasa jemu kepada pengguna yang lain.

Jangan jadi tukang sebar fitnah. Ini hal yang berlaku pada masa kini. Ada sesetengah golongan yang suka mengepost suatu entry yang tidak diyakini isinya. Penulis menyarankan agar dipost hal yang berkaitan dengan penjelasan atau pencerahan pada suatu isu. Bilakan melayu akan maju jika terus menjadi lalang?



Jika ada pihak yang mengecam 2 golongan ini, moga tidak berlaku lagi. Seeloknya carilah resolusi yang boleh membawa kepada anjakan yang lebih jauh.

No comments:

Post a Comment