Pages

4/11/2012

Doa Buka Majlis Ilmu

بسم الله الرحمن الرحيم

Sebagai seorang yang aktif berorganisasi, menguruskan majlis merupakan perkara yang sering kali memeningkan kepala para pelaksana. Antara perkara yang perlu untuk suatu majlis ialah bacaan doa. Perlu diingati bahawa membaca doa bukanlah perkara retorik bagi mencantikkan majlis tersebut atau sekadar memenuhi keperluan protokol tetapi doa ialah ibadah. Maka berdoalah setulus dan sejujur dari hatimu, moga makbul.

Penulis juga tidak terlepas dari hal itu. Atas niat memudahkan pihak yang senasib dengan penulis maka penulis menyiapkan teks doa bagi membuka majlis ilmu dan aturannya. Dibawah bukanlah hasil titik peluh penulis tetapi sekadar menyalin kembali tulisan seorang ustaz di Kolej Matrikulasi Kedah, Ustaz Azlan (masih berkhidmat sewaktu penulis menulis 'entry' ini). Moga dicurahkan pahala. Jika beliau juga menyalin, pahala buat keduanya, Insya'allah.

PANDUAN DOA DI MAJLIS-MAJLIS RASMI

Pendahuluan
Panduan ini disediakan bagi memudahkan pengurus program dalam menyediakan teks bacaan doa di  setiap majlis rasmi yang dianjurkan bagi lebih memberkati majlis.

Objektif         
1. Memberi peluang kepada warga pendidikan untuk berdoa dan bermunajat menggunakan contoh-contoh doa yang disediakan.
2. Menyeru orang ramai agar lebih menghayati dan  menyelami maksud bacaan doa yang diungkapkan.
3. Menyelaraskan bacaan doa di setiap majlis rasmi.
4. Membantu dan memudahkan membaca doa mengikut peraturan dan kesesuaian majlis yang dianjurkan.

Perihal doa dan berdoa  
1. Kepentingan doa
  • Setiap muslim perlu berdoa (memohon) kepada Allah s.w.t akan segala sesuatu yang dihajati. Doa boleh dilakukan secara individu atau kumpulan. Allah menyatakan dalam firmanNya yang bermaksud “ Berdoalah (memohonlah) kepada Aku (Allah) nescaya Aku (Allah) perkenankan”. Berdoa mempunyai adab dan peraturan yang tersendiri.
  • Doa amat disukai dan dituntut oleh Islam. Ia merupakan ibadah apabila dilakukan mengikut adab dan peraturan kerana ia merupakan hubungan terus antara hamba dengan Allah.
2. Adab Berdoa
Doa boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam semua keadaan kecuali sedang berhadas kecil (membuang air kecil dan air besar). Walau bagaimanapun  terdapat beberapa adab dan peraturan berdoa yang dihimpun oleh para ulama:
  • Menghadap kiblat (yang lebih afdal).
  • Hendaklah berwuduk.
  • Beristighfar/ mohon keampunan kepada Allah sebelum berdoa.
  • Membaca basmalah.
  • Membaca al-hamdulillah (Tahmid).
  • Berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
  • Membuka kedua tapak tangan dan menadah ke langit.
  • Berdoa penuh khusyuk, merendah diri serta yakin bahawa doanya diperkenankan oleh Allah.
  • Memohon dengan penuh perasaan dan bersungguh-sungguh tanpa putus asa.
  • Ucapkan dengan jelas dan mengulang tiga kali di tempat-tempat yang dianggap penting/dipohon.
  • Di akhiri dengan selawat ke atas Nabi dan pujian (Tahmid) kepada Allah s.w.t.
  • Sebaik-baiknya membaca basmalah, hamdalah dan selawat hendaklah dalam bahasa Arab.
3. Berdoa yang makbul
  • Memohon dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan.
  • Memakan dan memakai barang yang halal.
  • Sentiasa mentaati ibu bapa.
  • Sentiasa menjauhi maksiat dan perkara-perkara syubhat.
  • Memelihara silaturrahim.
4. Tempat dan masa berdoa
  • Berdoa dibolehkan pada bila-bila masa dan dimana-mana tempat yang sesuai, yang tidak dicampur-adukkan antara perkara yang baik dengan perkara mungkar dan maksiat.
  • Sesuatu perkara/peristiwa ada doa yang telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Doa-doa tersebut perlulah bersesuaian dengan situasi yang ada.
5. Berdoa yang sangat mustajab
  • Di tengah malam ketika manusia lain sedang tidur.
  • Ketika hujan sedang turun dengan lebat.
  • Masa antara dua khutbah Jumaat.
  • Masa antara azan dan iqamah.
  • Orang yang dizalimi.
  • Pada bulan ramadan.
  • Ketika sahur.
  • Selepas menunaikan solat.
  • Dalam masjid terutama di Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi.
  • Di Padang Arafah
6. Doa yang tertolak
  • Terlibat dengan makanan yang haram atau syubhat (makanan dari sumber yang tidak jelas halal haramnya).
  • Di majlis yang bercampur-gaur dengan perkara yang dilarang oleh Allah seperti berdoa kemudian diiringi dengan majlis tarian.
  • Sambil lewa.
  • Meragui rahmat dan kekuasaan Allah.
  • Mempercayai adanya Allah tetapi tidak laksanakan hukumNya.
  • Mendakwa cintakan Rasul tetapi kita tinggalkan sunnahnya.
  • Mendakwa syaitan itu musuh tetapi kita mematuhi.
  • Berdoa supaya dihindarkan api neraka tetapi perilaku kita seolah-olah mencampakkan diri ke dalamnya.
  • Berdoa agar dimasukkan dalam syurga tetapi tidak beramal ibadah.
  • Percaya mati pasti datang tetapi tidak mempersiapkan diri menghadapinya.
  • Selalu melihat kejahatan orang lain tetapi tidak nampak kejahatan sendiri.
  • Selalu menikmati kurniaan Allah tetapi tidak pernah mensyukurinya.

Panduan berdoa  yang sewajarnya di majlis rasmi.
1. Masa tidak melebihi tiga minit
2. Pembaca doa hendaklah memakai pakaian yang bersesuaian.
3. Doa yang dibaca hendaklah ringkas, padat dan sesuai dengan majlis yang diadakan.
4. Mengandungi unsur-unsur kesyukuran, keamanan dan kemakmuran negara.
5. Menjauhi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum lain.
6. Mematuhi adab dan peraturan berdoa seperti yang dilampirkan.
7. Contoh-contoh doa seperti dalam lampiran.

Teks Doa Buka Majlis

بسم الله الرحمن الرحيم

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ,  َالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
يا الله يا رحمن يا رحيم

Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi melahirkan rasa  kesyukuran di atas kurniaanMu yang tidak ternilai.Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur di  atas nikmat yang melimpah ruah kepada kami .

يا فتاح  يا عليم
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmuMu yang sangat luas bagi mengembangkan potensi kami sebagai hambaMu yang Engkau redhai.
Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada kami apa kiranya ilmuMu. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayahMu. Semoga dengannya kami mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya.


يا ذا الجلال والاكرام

Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga,organisasi,
masyarakat dan negara kami.

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّارِوَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ،

  وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Doa Tutup Majlis
بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالـمين والصلاة والسلام على رسول الله صلى الله عليه وسلم وعلى آله وأصحابه أجـمعين

Ya Allah

Kami bersyukur di atas segala nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada kami , lantaran nikmat itu dapat kami menghadiri dan mengikuti < Nama Majlis> kali ini  dengan jayanya

Ya Allah

Semoga program yang kami ikuti ini akan dapat melembutkan hati-hati kami dan menyedarkan kami tentang kesilapan kami ,oleh itu ampunkanlah kami dan  tunjukkanlah kepada kami jalan yang membawa keselamatan dan selamatkanlah kami dari kegelapan kepada ke jalan yang benar .

Ya Allah
Jadikanlah kami remaja Islam  yang yakin dan percaya pada diri sendiri , sabar dan tabah hati , berani maju untuk menempah kebahagiaan dunia dan akhirat , punya keazaman yang kuat untuk mengembangkan potensi dan kekuatan diri yang dianugerahkan oleh Engkau ,memiliki budi pekerti yang mulia dan terpuji sehingga kami menjadi remaja yang merdeka dalam semua aspek kehidupan kecuali menggantungkan pengharapan kami kepadaMu,Ya Allah .


Ya Allah
Eratkanlah hati-hati kami , kekalkan kemesraan antara hati-hati kami , tunjukkanlah kepada hati-hati kami dengan limpahan iman dan keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu Hidup suburkan hati-hati kami dengan ma’rifat sebenar tentang-Mu .

ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
وآخر دعوانا أن الحـمد لله رب الـعالـمين .

Adalah diharapkan panduan ini dapat membantu warga pendidikan melaksanakan doa dalam majlis rasmi dengan sempurna dan berkesan.

Terima Kasih : Ustaz Azlan, Kolej Matrikulasi Kedah


 

    14 comments:

    1. ASalamualaikum, tuan tanah

      mohon copy doa ini untuk program saya di uitm . terima kasih

      ReplyDelete
    2. ambil ja.. ada berkat pahala dapat merasa kat akhirat kelak bersama...

      ReplyDelete
    3. salam...saudara,mohon kebenaran copy ye...jazakallahkhair

      ReplyDelete
    4. salam, mohon copy yer utk progrm ,tq

      ReplyDelete
    5. salam, mohon copy yer utk majlis :)tq barakallah

      ReplyDelete
    6. This comment has been removed by the author.

      ReplyDelete
    7. Assalam...mohon copy and paste teks doa ini. Terima kasih.

      ReplyDelete
    8. Assalam...mohon copy and paste teks doa tuan. Terima kasih.

      ReplyDelete
    9. salam , mintak gunanya ini doa pak
      tq

      ReplyDelete