Pages

4/02/2012

Isu Perlu Diselesaikan Bukan Dipolitikkan

Isu Hudud bukanlah isu baru. Disebabkan selalu ditanya tentang soalan ini, maka penulis pun meng'copypaste' dari beberapa sumber yang boleh dibawa kepada perkongsian. Jika ada salah dan silap dari segi fakta, mohon diberi teguran.

Sedikit sebanyak tentang hudud. Nak tahu kena belajat Fiqh Jinayat secara lebih mendalam. Kalau ada bertentangan dengan yang aku bagi ini, tengok sumber. Kalau sumber lagi tepat, maka yang aku bagi ni tertolak.

Hudud ini perlaksanaannya kepada muslim. Jika non-muslim akan diberi pilihan samada ingin menggunakan perlaksanaan islam atau sivil. Yang pasti kalau bersalah tetap akan dihukum.

Tabayyun atau proses soal selidik akan dijalankan jika ada tuduhan dibuat. Tertuduh diberi peluang bela diri. Itu adalah hak asasi kepada tertuduh. Jika ada ragu-ragu yang sedikit dalam mengemukakan bukti maka hukuman tidak boleh dilaksanakan sebagaimana mengikut ketetapan hudud.


4 orang saksi punca hudud tak dapat dilaksanakan?
Adalah apabila tak dapat dikemukakan 4 orang saksi maka boleh diganti dengan pengakuan(samada 4 kali atau sekali). Jika tidak ada pengakuan maka boleh diganti dengan Qiranah dan dilaksana secara ta'zir.

Ta'zir adalah hukum yang difikirkan sesuai dari pemerintah. Tetapi sebelum menggunakan ta'zir, perlu ikut prosedur hudud terlebih dahulu dengan kata yang lain, jika tiada hudud, tiadalah ta'zir.













Qisas dan Diat kena usaha sendiri. ^^
Ada beza isu politik dan isu yang dipolitikkan. Suatu isu hendaklah diselesaikan, bukan dipolitikkan. Jika dipolitikkan maka ia tidak kemana kerana politik itu suatu arena.Tentang mengambil masa yang lama adalah termasuk meletakkan umur pesalah yang boleh dikenakan hudud. Haji Hadi dalam draftnya menetapkan umur 18 tahun disebabkan kematangan akal fikiran bukan disebabkan usia baligh kerana baligh sukar dipastikan.

Ada sesetengah pihak mengatakan hudud masih tidak dapat dilaksanakan kerana terdapat syarat-syarat yang perlu dipatuhi seperti yang diutarakan oleh Syeikh Yusof Al-Qardawi. Maka perlulah diteliti apa yang diperkatakan, ianya benar namun cuba diperkotak-katikkan.






"‎"Sebelum dilaksanakan hukum hudud, beri makan (terlebih dahulu) kepada orang yang lapar, sediakan pekerjaan kepada penganggur, ajarkan orang yang jahil dan latih (para) pekerja. Mesti dilakukan ini sebelum melaksanakan hukum hudud."

"Dasar pelaksanaan hudud (ialah) tidak dilaksanakan hudud melainkan apabila kita telah melaksanakan seperti yang telah saya katakan ajaran-ajaran Islam keseluruhannya yang berkaitan akidah, syariat, akhlak, tata susila dan nilai-nilai (murni). Kita bangunkan masyarakat Islam. Dalam keadaan ini, kita laksanakan hudud."

-Syeikh Yusuf Qaradhawi-"
Tiada halangan malah galakan. Moga islam kembali menyinar di bumi Malaysia tercinta. Aamiin. 

Terima Kasih : Sumber 1, Sumber 2

No comments:

Post a Comment