Pages

4/02/2012

Tidak Meniru : Prinsip Jujur Atau Sekadar Menutup Kebodohan

بسم الله الرحمن الرحيم

'Entry' kali ini mungkin pahit, tetapi itulah yang perlu ditelan atas hakikat mengenal kelemahan diri. Penulis merupakan seorang pelajar ketika menukilkan perkongsian ini. Sudah menjadi prinsip penulis untuk tidak sesekali meniru atau memberi tiru dalam peperiksaan atau ujian. Halus dihujung hati, merasa puas kerana dapat berlaku jujur apabila memikirkan rakan lain sibuk meniru semata mengejar nilai yang tidak layak pada diri.

Keluarnya keputusan, maka bolehlah ditakwil mengatakan tidak meniru dan bahawasanya keputusan cemerlang dengan meniru tiada maknanya. Dalam tidak sedar, perbuatan itu telah memperlekehkan sahabat-sahabat yang benar-benar cemerlang dalam ujiannya itu. Perbuatan tersebut jelas menunjukkan kebodohan pada diri lantas membawa fitnah terhadap "nama-nama" yang dibawa.

Benar meniru itu dilarang kerana perbuatan itu menunjukkan sifat tidak amanah dan jelas menzalimi sahabat lain yang tidak meniru tatkala pengredan meningkat. Dan kebenaran itu tetap jelas pada islam. Hai muslim yang lemah pengajian, tanganmu menjadi fitnah kepada agamamu. Tiada usaha darimu, tidak malukah kamu mengharapkan pertolongan dari Allah SWT.

Moga 'entry' pendek ini dapat memberi manfaat kepada pembacanya. 

No comments:

Post a Comment