Pages

4/02/2012

Ujian Personaliti 2

Bismillah,

Kerana hendak mengenal pada diri, penulis telah melayari beberapa blog tentang personaliti diri. Adakah ia membantu? Adakah ia benar? Apapun, niat penulis bukanlah kepada perkara khurafat. Jika benar pada perkiraan Allah SWT, mungkin penulis dapat manfaatkan pengetahuan baru ini dalam menghadapi permasalahan pada sahabat-sahabat penulis nanti. Akan ada beberapa siri 'entry' yang berkaitan dengan personaliti. Moga perkongsian ini menambah ilmu di dada dan moga dengan berkat ilmu ini, semua mendapat manfaat. Aamiin.

Ujian Personaliti
(1) Warna kegemaran anda ?
Nyatakan 3 perkataan untuk menghuraikan pilihan anda

(2)Sekiranya anda boleh menjadi sejenis haiwan, apakah haiwan itu?
Nyatakan 3 perkataan untuk menjelaskan pilihan anda

(3)Bayangkan suatu air terjun. Nyatakan 3 perkataan untuk menerangkan perasaan anda.

(4)Imaginasikan warna putih. Nyatakan 3 perkataan untuk menyatakan perasaan anda



Jawapannya ??????

(1)Huraian anda tentang warna kegemaran anda adalah pandangan anda terhadap diri anda sendiri.

(2) Huraian anda tentang apa yang anda ingin jadi sebagai binatang adalah pandangan org tentang anda.

(3) pandangan anda tentang air terjun adalah pandangan anda tentang seks.

(4) pandangan anda tentang warna putih adalah cara anda melihat suatu kematian.

Terima Kasih : Sumber

No comments:

Post a Comment